Sunday, October 17, 2010

Uncang

Ni perkara yang paling steady gua pernah buat.
Gua tak banyak cakap sangat masa tu.
Gua turun rumah dengan budak rumah sebab nak keluar rumah.
Gua panas kan enjin kuda besi gua yang jarang atau lebih tepat sangat payah
untuk melepasi kelajuan 80km sejam itu untuk meneruskan niat murni gua.

Gua masih lagi tak banyak bercakap. Dalam kepala tengah membuat perhitungan atau
orang orang tinggi dan berbadan besar dan berkulit putih atau lebih tepat dengan gelaran
mat saleh memanggil "do the maths" untuk projek gua kali ini.

Dengan kesedaran yang tinggi, gua sekali lagi steady terpacak tengah panas ketika menunggu
lampu isyarat berubah warna dengan budak rumah gua.

Ok. Sebelum gua merepek lagi panjang dan berhela hela, ada baik nya jika gua singkat kan ini cerita. Supaya lu orang yang baca ni dapat mem-pokes kan pembacaan kepada topic sebenar dan juga dapat mengurangkan dosa kerana tidak mencarut dan memaki gua.

Berpeluh-peluh campur terkial-kial campur sengihan. Gua tambah kan sikit lagi dengan kata kata.
"Biasa lah kak.tengah-tengah bulan ni."
Respon yang gua harap dari akak kaunter tu ternyata tidak memberansangkan.

Akak kaunter tu membalas dengan "semua sekali rm7.30"
Dengan laju gua mengeluarkan not 1ringgit sebanyak 2keping.
Dan selebihnya gua keluarkan uncang pink gua.
"Papp"berterabur duit syiling gua..

Now. You guys do the maths.

Terkial-kial akak tu kira duit syiling gua yang gua simpan selama satu minggu di dalam uncang emas kesayangan gua itu.
hahahaa
BYE

No comments:

Post a Comment