Tuesday, January 18, 2011

Budi yang baik dikenang jua

Ye. Hari ni baru 18 haribulan januari 2011.
Kalau ikut tahun hijrah gua tak tahu. Lu nak tau jugak pergi google.
Jangan malas malas. Kerja malas malas ni bukan boleh buat main sangat.
Mau gila kalau lu malas malas.

Ye.Sekali lagi untuk bulan yang ke berapa gua sendiri pun tak berapa nak pasti.
Duit belanja bulanan gua tak sampai 15 ringgit dalam poket. Dan sekali lagi gua rasa sangat marah dengan mat mat bangla, mat mat nepal yang bila gua pergi kedai beli rokok batang, diorang sedap sedap beli rokok kotak! Maruah gua sebagai warganegara hilang ditiup angin. Gua jadi sayu.
Gua kena buat something ni. Kalau gua tak bertindak sekarang mau tough badan gua silap haribulan. Kena marah tu dah memang adat lah. Gua kena jugak pow mak bapak gua barang 20-30 ringgit.

Gua bukan nye kesah sangat setakat tak makan dalam sebulan dua ni. Tapi dah memang kerja gua untuk organ dalaman gua bagi diorang zat zat yang sepatutnya. Jadi tak patut kalau gua tak tunaikan tanggungjawab gua kepada diorang. Buatnya diorang mogok buat buat sakit, gua jugak yang susah. Haru jadi weh!
Lagi satu, kalau gua tak makan, hilang segala pack pack yang kat perut gua ni. Gua sayang. Gua dah lama hidup dengan pack pack ni. Diorang tak pernah jemu nak teman gua kemana je gua pergi. Gua je kadang kadang rimas.

Ok lah. Gua nak cari idea untuk text mak gua pagi karang. Benda macam ni tak boleh buat main main. Kena kasi cantik, kena kasi clear. Kalau tak, silap silap bukan 20-30ringgit yang gua dapat, tapi 20-30 makian berbagai konsep yang gua dapat. Itu yang gua cuba nak elakkan.

Bye bye.hik3


No comments:

Post a Comment