Sunday, November 7, 2010

What a Day!

Tepat pukul 10, gua di-roger kawan gua pergi ke serdang untuk menziarah kawan gua yang
telah pun kehilangan kakak nya untuk selama-selamanya.
Gua nak ucapkan takziah untuk lu. Semoga lu tabah ye? :)
Sampai serdang, haram sesat. Tak jumpa kubur. Menggunakan kan kepakaran yang ada,
gua pun bertanya kepada masyarakat disana.
Setengah jam baru lah berjumpa kubur dan semua telah selesai.
Oh. Lupa. Gua pergi seramai 9 orang.
Sebak jugak rasa bila pergi kubur ni. Semangat dia lain macam.hehe

Dah selesai ziarah, kawan gua ajak makan. Gua on kan sahaja. Apa gila nak tolak ajakan untuk memenuhkan perut?.
Venue dah ditetapkan. Masuk je dalam kereta gua terus melayang. Dia punya mengantuk tak tidur satu hari ni lain macam pergi dia.haha

Papp! Apa lancau!Bangun je tidur gua sedar yang gua dekat lampu isyarat Sepang!.Gua ulangi,Sepang. Cakap makan dekat Shah Alam, ni dah Sepang.
Orang bodoh pun tahu beza Sepang dan Shah Alam.haish.
Gua mampu gelak kan sahaja.
hahahahah

Kemudian gua malas nak cerita.
Gua nak biar lu orang bermain dengan imaginasi lu orang sendiri.
Gua sisipkan beberapa keping gambar dalam kualiti yang sangat bangsat.
Ehh..ok lah dari tak de camera.hahaha
Susunan gambar?Mula dari bawah ye kawan kawan.






Penyudah yang paling terkesan setakat ni selain dari trip ke perak-penang gua tahun lalu.
Asam Pedas Melaka.
Sotong Goreng Tepong.
Kerang Bakar.

Jawapannya: Sejam di kerusi kedai untuk merehatkan perut yang kalau disentuh, peratus untuk meletup itu sangat tinggi.

ok.that's all.
bye.

No comments:

Post a Comment